logo
Menu
  • Utama
  • Tempahan
    • Penginapan
    • Event
  • Galeri AsdiaGrande
  • Kadar Harga & Kalender
  • Info
  • Hubungi Kami
    • Peraturan & Larangan
  • 0132505002
Tempah Sekarang
logo
Manage by AsdiaGrande Enterprise [003373970] © 2022 All Right Reserved

Peraturan & Larangan

  • Home  
  • Peraturan & Larangan
ASDIAGRANDE-01[1798]

TERMS & CONDITION POLICY

Peraturan Penginapan di AsdiaGrande Homestay & Events Place Ipoh
Para tetamu/penginap yang dihormati diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut :
  • Waktu Check-in 3:00 petang hingga 6.00 petang dan Waktu Check-out 12:00 tengahari. Sila patuhi masa check out yang betul. Sila call/sms saya setengah jam sebelum check out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM30/jam atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan).
  •  
  • Sebagai tanda “pegang janji”, kami memerlukan deposit RM200/nite untuk “block date” & deposit sekuriti khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan. (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan). Deposit RM200 akan di pulangkan 1 hari selepas check out bagi memastikan tiada sebarang kerosakan dan kehilangan harta benda AsdiaGrande Homestay & Events Place Ipoh.
  •  
  • “Bayaran Penuh” mesti dibuat SEHARI SEBELUM ATAU SEBELUM check-in.
  •  
  • Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali. Penyewa Muslim sahaja.
  •  
  • Harap maaf. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.
  •  
  • Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
  •  
  • Durian dan manggis hanya dibenarkan makan di luar rumah sahaja.
  •  
  • Tidak dibenarkan hisap rokok di DALAM RUMAH DAN DI TEMPAT RUMPUT CARPET TIRUAN iaitu di sekeling pool dan taman. Tempat merokok hanya di kawasan luar PAGAR RUMAH. Surcaj RM100 dari deposit sekiranya didapati merokok.
  •  
  • Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  •  
  • Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
  •  
  • Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan SEBELUM CHECK OUT.
  •  
  • Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di sekitar homestay, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
  •  
  • Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu penghuni lain.
  •  
  • Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan TIDAK MEMBAZIR ELEKTRIK.

  • Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar.

  • Pastikan semua peralatan dan perabot homestay di letak di kedudukan asal jika di ubah.

  • Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.

  • Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay. Dalam tempoh penginapan, pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda.

  • Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal. Barang yang tertinggal akan dilupuskan.

  • Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang “kejadian” kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.

  • Mohon kerjasama untuk memantau anak-anak kecik untuk tidak melompat-lompat di atas katil sebab ada kes katil patah. Harap maklum.
    Peraturan mandi di kolam renang adalah tiada had masa. Anak-kanak di bawah usia 12 tahun dibenarkan mandi TETAPI dipantau oleh ibubapa/orang dewasa.
    Pakaian Renang sahaja di benarkan.

  • Pastikan memakai baju berenang atau pakaian daripada kain jersi. Pakaian di perbuat dari kain cotton tidak di benarkan bagi mengelakkan air menjadi keruh.
    Tidak di benarkan makan di dalam atau berdekatan dengan kolam renang.Dilarang membuang sampah seperti tisu kerana akan menyebabkan pump pool tersumbat!

  • Tidak dibenarkan menggunakan sabun badan atau shampoo di dalam kolam renang.

  • Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya perlu.

  • Semua permainan yang disediakan pihak Homestay adalah untuk kegunaan bersama. Pastikan semua buah. Carom, guli congkak dan bola ping pong di simpan setelah di gunakan

Privacy Policy

  • Pemberitahuan ini menjelaskan kebijakan privasi umum AsdiaGrande Homestay Ipoh Dengan mengunjungi www.asdiagrandehomestay.com, Anda menerima praktik yang dijelaskan dalam pemberitahuan ini.

P.1 Apa saja informasi tentang Anda yang kami kumpulkan?

P.2 Bagaimana kami menggunakan informasi Anda?

P.3 Bagaimana dengan cookie?

P.4 Apakah AsdiaGrande Homestay Ipoh membagikan informasi yang diterimanya?

P.5 Apakah AsdiaGrande Homestay Ipoh mengirimkan informasi ke luar negeri?

P.6 Seberapa aman informasi Anda?

P.7 Berapa lama AsdiaGrande Homestay Ipoh akan menyimpan informasi Anda?

P.8 Apa yang dapat dilakukan jika Anda memiliki pertanyaan atau kekhawatiran atau ingin mengakses informasi pribadi Anda?

P.9 Bagaimana dengan situs web yang terhubung?

P.10 Perubahan kebijakan privasi


1. APA SAJA INFORMASI TENTANG ANDA YANG KAMI KUMPULKAN?
AsdiaGrande Homestay Ipoh mengumpulkan informasi Anda untuk beroperasi secara efektif dan memberikan pengalaman layanan terbaik kepada Anda. Jenis informasi tertentu yang dikumpulkan akan tergantung pada konteks interaksi Anda dengan AsdiaGrande Homestay Ipoh serta layanan yang Anda gunakan. Berikut ini adalah contoh informasi yang mungkin dikumpulkan:

Informasi kontak (seperti nama, alamat email, alamat surat, dan nombor telepon);

Informasi pembayaran (termasuk nomor kartu pembayaran, alamat penagihan, dan informasi rekening bank);

Informasi terkait reservasi, masa inap, atau kunjungan Anda ke properti kami (termasuk AsdiaGrande Homestay Ipoh tempat Anda menginap, tanggal kedatangan dan keberangkatan, serta barang dan layanan yang dibeli);

Informasi yang diperlukan untuk memenuhi permintaan khusus dan/atau akomodasi tertentu Anda;

Informasi anggota program loyalitas, informasi akaun online,

Refund Policy

  •  1) Deposit RM200 adalah untuk sekuriti & lock tarikh. Lebih dari 30 orang deposit sekuriti adalah RM350.
  •  
  •  2) Deposit RM160/RM310 akan dipulangkan 1-2 hari selepas tarikh check out setelah di periksa tiada kerosakan dan kehilangan harta benda di homestay dan kekotoran melampau.
  •       >>>RM40<<<Adalah untuk cleaning surcaj untuk pelanggan yang check in untuk 1 malam sahaja
  •  
  • 3) Pelanggan yang check in lebih dari 1 malam tidak akan dikenakan cleaning surcaj RM40.
  •      >>>Deposit RM200<<<Akan dipulangkan 1-2 hari selepas tarikh check out setelah di periksa tiada kerosakan dan kehilangan harta benda di homestay dan tiada kekotoran melampau.
  •  
  •  4)Pertukaran tarikh harus dibuat sebulan sebelum check in, jika tidak deposit akan hangus jika tidak datang pada tarikh booking.
  •  
  •  5) Pertukaran tarikh juga boleh dibuat jika ada pelanggan lain yang ambil tarikh tersebut.
  •  
  •  6) RM40 sejam akan dikenakan jika check out lambat dan harus di beritahu sebelum pukul 10 pagi.
  •  
  •  7) Tetamu dilarang untuk menjemput orang luar selain tetamu yang menginap. Majlis sosial, gathering melibatkan tetamu luar tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika melanggar syarat.

 

  • Isnin – Khamis dikira sebagai “Weekday” manakala Jumaat – Ahad dikira sebagai “Weekend” bagi jenis tempahan.

Hubungi

  • 126, Jalan Melor, Kampung Seri Klebang, 31200 Ipoh, Perak
  • 6013-250 5002
  • AsdiaGrandeHomestayIpoh@gmail.com

Info

  • Penginapan
  • Peraturan & Larangan
  • Kadar Harga & Kalender
  • Hubungi Kami

Pembayaran

Managed by AsdiaGrande Enterprise [003373970-A] © 2022 All Right Reserved
Hubungi  |  Peraturan & Larangan